Tuesday 3 December 2013

Texturing

Percubaan editing menggunakan texture di dalam Photoshop CS6 


Post Process : Photoshop CS6 
- Brightness and Contrast
- Texturing
- Black and White 
- Contrast again 

UPDATE YOUR SKILLS

Bidang fotografi terlalu luas sub-bidangnya. Dan berbagai-bagai jenis boleh kita pelajari. Fotografi jalanan, fotografi landskap, fotografi perkahwinan, fotografi alam dan haiwan, fotografi makro, dan sebagainya. kita boleh mencuba kesemuanya tetapi diakhirnya kita perlu "master" hanya salah satu sahaja. 

Cara untuk memahirkan diri dalam bidang fotografi ini adalah dengan sentiasa membawa kamera anda ke mana jua anda pergi dan ambillah gambar apa-apa sahaja yang menarik mata anda. Tetapi ingat, jangan hanya ambil gambar secara semberono saja, praktikkan apa yang telah anda pelajari dalam bidang fotografi asas dan gandingkan dengan kreativiti yang kita anda, dan Insyaallah, satu karya yang yang terbaik akan terhasil. 

Antara cara lain adalah sentiasa melakukan pembacaan tentang teknik-teknik fotografi. Bukalah internet, dan lakukan carian menggunakan Google.com. Di Internet terdapat banyak tips-tips fotografi yang dikongsikan oleh ramai juru-jurugambar berpengalaman. ambil sedikit masa dan lakukanlah pembacaan. Anda juga boleh membeli buku-buku berkaitan fotografi di pasaran yang sudah mula berkembang penerbitannya di seluruh negara. 

Leading Line


| Tumpat Train Station, Kelantan | 
Canon EOS 5D Mark II + 17-40 F4L Lens
Post Process : Photoshop CS6 
Brightnes and Contrast, Photo Filter - Oil Painting, Curves

Monday 2 December 2013

Four To One


Four To One | Tumpat Train Station, Kelantan | 
Canon EOS 5D Mark II + 17-40 F4L
Post Process - PS CS 6 - Brightness and Contrast

One To The Sky


One to The Sky | Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Kelantan | 
Canon EOS 5D Mark II + 17-40 F4L
Post Process - PS CS 6 - Brightness and Contrast, Hue and Saturation

NEW UPDATE


Assalam semua likers fanpage Schumizy Photography. Maaf atas ketiadaan kami buat beberapa lama. Buat masa ini kami sedang menguruskan perniagaan fotografi perkahwinan kami dan beberapa perniagaan lain. Di samping menyelesaikan beberapa urusan "core business" asal kami...hehehe...biasalah bila dah akhir tahun ni, banyak urusan perlu diselesaikan. ditambah pula dengan job-job client-client yang perlu diuruskan.Alhamdulillah setakat ini Allah mempermudahkan urusan kami. dan syukur kepadaNya atas rezeki dan nikmat serta rahmat yang diberikan kepada kami. Biarpun sedikit, tapi itulah untuk kami. Tuhan sudah menetapkan rezeki kita sebanyak mana, jadi bersyukurlah dengan apa yang telah didapati. 

Bagi client-client kami, diharap anda semua sedang sabar menunggu detik-detik indah hari bahagia anda, semoga semua dipermudahkan olehNya, Insyaallah kami akan datang merakamkan detik-detik indah anda dan memberikan "end-product" yang berkualiti untuk anda yang akan menjadi tatapan anda dan ahli-ahli keluarga untuk masa yang lama. 

Semoga anda semua dirahmati dan dikasihi olehNya 

Tuesday 12 November 2013

MUSIM CANTUM ORANG

Sekarang sudah masuk November, tak lama lagi Disember. Makin ramai yang sudah menetapkan tarikh hari bahagia di kedua-dua bulan istimewa inikerana di bulan inilah cuti sekolah telah bermula...Yeaayyy. Makin berbondong-bondonglah jurugambar perkahwinan pergi ke rumah-rumah, hotel-hotel, dewan-dewan untuk bertugas merakamkan momen-momen indah hari bahagia pasangan yang akan berkahwin.

Pesanan kami, untuk mengingatkan diri sendiri dan juga kawan-kawan seperjuangan, itulah rezeki kita, dan kita mesti menjaga rezeki kita yang telah diberi oleh Allah dengan sebaik mungkin. Apa maksud menjaga rezeki? maksudnya buat dengan ikhlas, jangan menipu, jangan tinggalkan solat disebabkan kerja, dan sedekahlah sedikit dari hasil rezeki tersebut kerana "the more you give the more you get". Insyaallah akan memeberikan kita lebih banyak rezeki jika kita rajin bersedekah dan berkongsi dengan orang lain. 

Apapun rezeki yang datang pada kita, terimalah dengan hati yang gembira walaupun sedikit kerana Allah yang telah menetapkan rezeki kita banyak mana yang kita dapat. Sentiasa terapkan dalam diri dengan sifat "qanaah" atau kecukupan dengan rezeki yang telah diberi oleh Allah.

Untuk pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan di dalam dua bulan istimewa ini, kami di Schumizy Photography mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga perkahiwnan anda akan kekal sehingga ke syurga, dikurniakan rahmat yang banyak, dan dikurniakan anak-anak yang sole dah solehah. Jagalah perkahwinan anda sebaiknya dan jadilah Muslim dan Muslimah yang terbaik.

SELAMAT PENGANTIN BARU 


ASSALAMUALAIKUM WARAHMTULLAH WABARAKATUH

INI ADALAH BLOG RASMI SCHUMIZY PHOTOGRAPHY. BERBAGAI-BAGAI INFO AKAN DIKONGSIKAN DI BLOG INI. HARAP AKAN MENGHIBURKAN DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA AND SEMUA.