Tuesday 3 December 2013

UPDATE YOUR SKILLS

Bidang fotografi terlalu luas sub-bidangnya. Dan berbagai-bagai jenis boleh kita pelajari. Fotografi jalanan, fotografi landskap, fotografi perkahwinan, fotografi alam dan haiwan, fotografi makro, dan sebagainya. kita boleh mencuba kesemuanya tetapi diakhirnya kita perlu "master" hanya salah satu sahaja. 

Cara untuk memahirkan diri dalam bidang fotografi ini adalah dengan sentiasa membawa kamera anda ke mana jua anda pergi dan ambillah gambar apa-apa sahaja yang menarik mata anda. Tetapi ingat, jangan hanya ambil gambar secara semberono saja, praktikkan apa yang telah anda pelajari dalam bidang fotografi asas dan gandingkan dengan kreativiti yang kita anda, dan Insyaallah, satu karya yang yang terbaik akan terhasil. 

Antara cara lain adalah sentiasa melakukan pembacaan tentang teknik-teknik fotografi. Bukalah internet, dan lakukan carian menggunakan Google.com. Di Internet terdapat banyak tips-tips fotografi yang dikongsikan oleh ramai juru-jurugambar berpengalaman. ambil sedikit masa dan lakukanlah pembacaan. Anda juga boleh membeli buku-buku berkaitan fotografi di pasaran yang sudah mula berkembang penerbitannya di seluruh negara. 

No comments:

Post a Comment