Tuesday 12 November 2013

MUSIM CANTUM ORANG

Sekarang sudah masuk November, tak lama lagi Disember. Makin ramai yang sudah menetapkan tarikh hari bahagia di kedua-dua bulan istimewa inikerana di bulan inilah cuti sekolah telah bermula...Yeaayyy. Makin berbondong-bondonglah jurugambar perkahwinan pergi ke rumah-rumah, hotel-hotel, dewan-dewan untuk bertugas merakamkan momen-momen indah hari bahagia pasangan yang akan berkahwin.

Pesanan kami, untuk mengingatkan diri sendiri dan juga kawan-kawan seperjuangan, itulah rezeki kita, dan kita mesti menjaga rezeki kita yang telah diberi oleh Allah dengan sebaik mungkin. Apa maksud menjaga rezeki? maksudnya buat dengan ikhlas, jangan menipu, jangan tinggalkan solat disebabkan kerja, dan sedekahlah sedikit dari hasil rezeki tersebut kerana "the more you give the more you get". Insyaallah akan memeberikan kita lebih banyak rezeki jika kita rajin bersedekah dan berkongsi dengan orang lain. 

Apapun rezeki yang datang pada kita, terimalah dengan hati yang gembira walaupun sedikit kerana Allah yang telah menetapkan rezeki kita banyak mana yang kita dapat. Sentiasa terapkan dalam diri dengan sifat "qanaah" atau kecukupan dengan rezeki yang telah diberi oleh Allah.

Untuk pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan di dalam dua bulan istimewa ini, kami di Schumizy Photography mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga perkahiwnan anda akan kekal sehingga ke syurga, dikurniakan rahmat yang banyak, dan dikurniakan anak-anak yang sole dah solehah. Jagalah perkahwinan anda sebaiknya dan jadilah Muslim dan Muslimah yang terbaik.

SELAMAT PENGANTIN BARU 


ASSALAMUALAIKUM WARAHMTULLAH WABARAKATUH

INI ADALAH BLOG RASMI SCHUMIZY PHOTOGRAPHY. BERBAGAI-BAGAI INFO AKAN DIKONGSIKAN DI BLOG INI. HARAP AKAN MENGHIBURKAN DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA AND SEMUA.