Wednesday, 12 March 2014

MAJLIS PENYATUAN CINTA | FARIENA & FADZLAM | (PERNIKAHAN & RESEPSI)


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH 

Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, akhirnya saya kembali menjejakkan tinta saya di blog yang sudah lama bersawang ini. Kesibukan sebagai seorang guru dan juga "part-timer" jurugambar perkahwinan membataskan waktu saya untuk mengemaskini blog ini. mohon ampun dan maaf sekiranya pembaca kecewa setiap kali membuka blog ini tetapi tidak ada gambar-gambar terbaru dari saya. 

Untuk kali ini, saya akan berkongsi beberapa gambar dari majlis perkahwinan sahabat baik isteri saya, yang juga General Manager Schumizy Photography, Izyan Hamizah, iaitu Nurul Fariena yang telah selamat disatukan bersama pasangannya, Mohd Fadzlam.

Pernikahan dan resepsi telah berlangsung di Kuala Terengganu, manakala majlis bertandang pihak lelaki pula telah diadakan di Jengka, Pahang.

| CREATE THE MOMENTS | CREATE THE PICTURES | ONLY FOR YOU |

















Tuesday, 3 December 2013

Texturing

Percubaan editing menggunakan texture di dalam Photoshop CS6 


Post Process : Photoshop CS6 
- Brightness and Contrast
- Texturing
- Black and White 
- Contrast again 

UPDATE YOUR SKILLS

Bidang fotografi terlalu luas sub-bidangnya. Dan berbagai-bagai jenis boleh kita pelajari. Fotografi jalanan, fotografi landskap, fotografi perkahwinan, fotografi alam dan haiwan, fotografi makro, dan sebagainya. kita boleh mencuba kesemuanya tetapi diakhirnya kita perlu "master" hanya salah satu sahaja. 

Cara untuk memahirkan diri dalam bidang fotografi ini adalah dengan sentiasa membawa kamera anda ke mana jua anda pergi dan ambillah gambar apa-apa sahaja yang menarik mata anda. Tetapi ingat, jangan hanya ambil gambar secara semberono saja, praktikkan apa yang telah anda pelajari dalam bidang fotografi asas dan gandingkan dengan kreativiti yang kita anda, dan Insyaallah, satu karya yang yang terbaik akan terhasil. 

Antara cara lain adalah sentiasa melakukan pembacaan tentang teknik-teknik fotografi. Bukalah internet, dan lakukan carian menggunakan Google.com. Di Internet terdapat banyak tips-tips fotografi yang dikongsikan oleh ramai juru-jurugambar berpengalaman. ambil sedikit masa dan lakukanlah pembacaan. Anda juga boleh membeli buku-buku berkaitan fotografi di pasaran yang sudah mula berkembang penerbitannya di seluruh negara. 

Leading Line


| Tumpat Train Station, Kelantan | 
Canon EOS 5D Mark II + 17-40 F4L Lens
Post Process : Photoshop CS6 
Brightnes and Contrast, Photo Filter - Oil Painting, Curves

Monday, 2 December 2013

Four To One


Four To One | Tumpat Train Station, Kelantan | 
Canon EOS 5D Mark II + 17-40 F4L
Post Process - PS CS 6 - Brightness and Contrast

One To The Sky


One to The Sky | Pantai Sri Tujuh, Tumpat. Kelantan | 
Canon EOS 5D Mark II + 17-40 F4L
Post Process - PS CS 6 - Brightness and Contrast, Hue and Saturation